
SERIBU KALI SAYANG? Anis Suraya seperti biasa memang ada kelainan yang dicipta. Dan memang itu yang selalu Cempaka tunggu. Kisah kali ini, bercinta selepas kahwin. Tapi Cempaka ada perasan sesuatu yang tak enak yang Cempaka tak tahu macam mana penulis & editor boleh terlepas pandang. Kisah kali ini agak islamik. Maksudnya, watak heroin kali ini adalah seorang gadis yang berpegang kuat pada ajaran agama Islam. Menjaga aurat & seorang anak yang baik pada ibu & ibu saudaranya. Sebaliknya pula dengan kakaknya seorang model & mempunyai ramai kawan lelaki & juga sering berpakaian yang "tidak cukup kain". Abby seorang anak yang ditinggalkan bapanya selepas kelahirannya. Abby tak pernah berjumpa dengan bapanya sehingalah dia dewasa. Itu pun secara kebetulan apabila dia berkenalan dengan kakak ipar kawannya seorang wanita malaysia yang bernama Sherry. Sherry menganggap Abby sebagai adik angkatnya. Hubungan Abby dengan Sherry dan juga ibu bapa Sherry agak rapat. Malah Abby juga kerap melawat dusun bapa Sherry iaitu Pak Mus di Negeri Sembilan. Abby telah menerima lamaran Faiz (kawan kakak Abby yang kerap berkunjung ke rumah mereka). Abby mengirimkan kad jemputan perkahwinan kepada Pak Mus. Untuk lebih mesra, dia juga turut ke rumah Pak Mus untuk menjemput secara lisan. Di sana, ada satu kejadian di mana Pak Mus memegang bahu Abby. Abby telah salah sangka, sangkanya Pak Mus ingin mengambil kesempatan terhadap dirinya. Auntie Normawati (bekas isteri Pak Mus) telah memujuk & meminta maaf dariapad Abby. Sebenarnya Pak Mus ingin berbicara sesuatu perkara yang penting kepada Abby semasa di dusunnya. Tetapi mungkin kerana tingkahnya agak gopoh, Abby telah salah sangka. Rahsia terungkai, rupanya Pak Mus adalah bapa kandung Abby.
Muka surat 317. Soalan ini ditanya oleh Pak Mus, bapa Abby.
"Err... Abby menikah nanti... diwalikan oleh siapa?"Aku tidak menyangka sebegitu susah Pak Mus hendak melahirkan kata-kata untuk bertanya soalan yang sebegitu mudah. "Datuk saudara." Jelas tegas jawapanku kerana hal ini sudah emak bincang dengan Tok Amad.
Muka surat 322. Pak Mus merungkai kisah peribadinya.
"Kisahnya panjang. Ayah ni sebenarnya anak yatim piatu... sebatang kara. Diambil jadi anak angkat keluarga aunti masa umur ayah 5 tahun."
Tok Amad adalah bapa saudara emak Abby. Pak Mus bapa Abby pula adalah anak yatim piatu & sebatang kara. Wali untuk menikahkan pula perlulah daripada sebelah bapa. Macam mana pula saudara dari belah emak boleh jadi wali. Kalau bapa memang tak ada adik-beradik, walinya adalah wali hakim.
Cempaka nak komen:
Cerita yang dipaparkan bagus. Cuma part ini yang membuatkan kisah ni jadi salah fakta yang melampau. Kalau penulis terlepas pandang perkara begini, Cempaka tak tahulah apa kerja editor syarikat penerbitan. Setakat salah ejaan tu dah biasa sangat berlaku. Bukan sekali dua. Tapi setiap novel keluaran syarikat tersebut memang ada saja kesilapan. Tapi bab-bab macam ini langsung tak diperhatikan, bagi Cempaka editor seperti langsung tak buat kerja mereka. Diharap pada masa yang lain, syarikat tersebut akan lebih mengambil perhatian. Jangan dek kerana mereka rasa mereka sebuah syarikat gergasi, tak perlu ambil pusing tentang fakta-fakta, fatwa & juga syariat Islam yang telah ditetapkan.

1 comment:
salam cempaka
saje nak menyebok nih,,sya pun dah bca novel nih,dan sya pun tkejut gak,,camana lak saudara dari belah emak boleh jadi wali,,harap lain kali perkara2 begini dipandang berat oleh penulis dan penerbitan sendiri
Post a Comment