Semalam rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenaikan harga bahan api iaitu petrol & diesel. Kenaikan kali ini adalah yang paling tertinggi dalam sejarah iatu sebanyak RM0.78 seliter untuk petrol bersamaan dengan 40%.
Cempaka mengetahuinya pada jam 4 petang. Itupun kawan sekerja yang beritahu. Tapi bagi Cemaka perkara tersebut adalah rumours. Semasa balik kerja pun, Cempaka lalu di MRR2, jenguk juga ke Shell tempat yang Cempaka selalu mengisi petrol. Lihat tak ramai orang pun, maknanya confirm rumours. Lagipun Cempaka tak terdesak nak mengisi sebab baru mengisi Isnin yang lalu.
Semasa dalam perjalanan pulang tersebut, Cempaka mendengar berita di Sinar mengatakan kenaikan sebanyak 40% tersebut. "Wahhhhh.......... dahsyat sekali."
Sampai di rumah Cempaka menelefon seorang teman. Masing-masing meluahkan rasa kekesalan. Usai Maghrib, Nana pula menelefon juga membicarakan hal yang sama. Tapi apa yang boleh kita lakukan. Arahan & keputusan telah dikeluarkan oleh parlimen. Akurlah kita pada ketetapan tersebut. Mujurlah Cempaka bukan jenis yang huhahuha ke sana ke mari tak tentu hala. Tak terasa sangatlah dengan kenaikan tersebut. Tapi apa yang dirisaukan, adalah impak daripada kenaikan harga bahan bakar ini terutamanya dari pembekalan makanan. Tak mustahil selepas ini sekeping roti canai kosong berharga RM1.40-1.60.
Komen Cempaka:
Mungkin lepas ini nak beli basikal yang lebih environmental friendly dan keep fit :)
Thursday, June 5, 2008
Tuesday, June 3, 2008
Seribu Kali Sayang - Anis Ayuni

SERIBU KALI SAYANG? Anis Suraya seperti biasa memang ada kelainan yang dicipta. Dan memang itu yang selalu Cempaka tunggu. Kisah kali ini, bercinta selepas kahwin. Tapi Cempaka ada perasan sesuatu yang tak enak yang Cempaka tak tahu macam mana penulis & editor boleh terlepas pandang. Kisah kali ini agak islamik. Maksudnya, watak heroin kali ini adalah seorang gadis yang berpegang kuat pada ajaran agama Islam. Menjaga aurat & seorang anak yang baik pada ibu & ibu saudaranya. Sebaliknya pula dengan kakaknya seorang model & mempunyai ramai kawan lelaki & juga sering berpakaian yang "tidak cukup kain". Abby seorang anak yang ditinggalkan bapanya selepas kelahirannya. Abby tak pernah berjumpa dengan bapanya sehingalah dia dewasa. Itu pun secara kebetulan apabila dia berkenalan dengan kakak ipar kawannya seorang wanita malaysia yang bernama Sherry. Sherry menganggap Abby sebagai adik angkatnya. Hubungan Abby dengan Sherry dan juga ibu bapa Sherry agak rapat. Malah Abby juga kerap melawat dusun bapa Sherry iaitu Pak Mus di Negeri Sembilan. Abby telah menerima lamaran Faiz (kawan kakak Abby yang kerap berkunjung ke rumah mereka). Abby mengirimkan kad jemputan perkahwinan kepada Pak Mus. Untuk lebih mesra, dia juga turut ke rumah Pak Mus untuk menjemput secara lisan. Di sana, ada satu kejadian di mana Pak Mus memegang bahu Abby. Abby telah salah sangka, sangkanya Pak Mus ingin mengambil kesempatan terhadap dirinya. Auntie Normawati (bekas isteri Pak Mus) telah memujuk & meminta maaf dariapad Abby. Sebenarnya Pak Mus ingin berbicara sesuatu perkara yang penting kepada Abby semasa di dusunnya. Tetapi mungkin kerana tingkahnya agak gopoh, Abby telah salah sangka. Rahsia terungkai, rupanya Pak Mus adalah bapa kandung Abby.
Muka surat 317. Soalan ini ditanya oleh Pak Mus, bapa Abby.
"Err... Abby menikah nanti... diwalikan oleh siapa?"Aku tidak menyangka sebegitu susah Pak Mus hendak melahirkan kata-kata untuk bertanya soalan yang sebegitu mudah. "Datuk saudara." Jelas tegas jawapanku kerana hal ini sudah emak bincang dengan Tok Amad.
Muka surat 322. Pak Mus merungkai kisah peribadinya.
"Kisahnya panjang. Ayah ni sebenarnya anak yatim piatu... sebatang kara. Diambil jadi anak angkat keluarga aunti masa umur ayah 5 tahun."
Tok Amad adalah bapa saudara emak Abby. Pak Mus bapa Abby pula adalah anak yatim piatu & sebatang kara. Wali untuk menikahkan pula perlulah daripada sebelah bapa. Macam mana pula saudara dari belah emak boleh jadi wali. Kalau bapa memang tak ada adik-beradik, walinya adalah wali hakim.
Cempaka nak komen:
Cerita yang dipaparkan bagus. Cuma part ini yang membuatkan kisah ni jadi salah fakta yang melampau. Kalau penulis terlepas pandang perkara begini, Cempaka tak tahulah apa kerja editor syarikat penerbitan. Setakat salah ejaan tu dah biasa sangat berlaku. Bukan sekali dua. Tapi setiap novel keluaran syarikat tersebut memang ada saja kesilapan. Tapi bab-bab macam ini langsung tak diperhatikan, bagi Cempaka editor seperti langsung tak buat kerja mereka. Diharap pada masa yang lain, syarikat tersebut akan lebih mengambil perhatian. Jangan dek kerana mereka rasa mereka sebuah syarikat gergasi, tak perlu ambil pusing tentang fakta-fakta, fatwa & juga syariat Islam yang telah ditetapkan.
SARA
Arahan: Along Kamaruddin
Ida Nerina - Sara
Shamsul Ghau Ghau - Manaf
Zahim Albakri - Johan
Hisham Ahmad Tajudin - Kassim
Piee - Pak Bakar
Soosan Ho - Khaty
Eja - Rozita
Loloq - Salleh
Ropi Cecupak - Zahid
Astro Kirana bulan lepas menyajikan filem Sara lakonan pelakon hebat Ida Nerina dan Shamsul Ghau Ghau. Sara, selembut nama tetapi mempunyai hati yang keras, bertemu buku dengan ruas dengan Manaf seorang pemuda kampung yang gemar melukis. Sara datang ke Tanjung Harapan dengan tujuan untuk membeli tanah-tanah orang kampung untuk menjadikan tempat tersebut sebagai sebuah taman tema. Manaf yang sayang dengan keindahan alam semulajadi tidak berganjak dengan keputusannya untuk tidak menjual tanah yang dimilikinya hasil peninggalan arwah datuknya.
Sara yang tidak berpuas hati, sanggup menjadi isteri kepada Manaf apabila Manaf mengatakan dia akan berkongsi hartanya dengan isterinya nanti. Sara yang tidak biasa dengan kehidupan di kampung terpaksa membiasakan diri sehingga mengabaikan peranannya sebagai isteri kepada Manaf. Sara yang pada mulanya bersikap sambil lewa terhadap Manaf, akhirnya benar-benar jatuh cinta kepada suaminya sendiri.
Cempaka nak komen:
Kisah ini memaparkan suasana kampung di Tasik Chenderoh di Perak berhampiran dengan Lenggong. Jalan ceritanya memang menarik, tetapi mungkin dek kerana jalan cerita yang agak berat dan bukan cinta karat, maka tidak ramai yang menonton filem ini semasa ditayangkan di pawagam. Cempaka masih ingat filem ini ditayangkan di tv (tak ingat saluran mana) semasa Hari Raya Aidil Fitri 4/5 tahun yang lalu. Dek kerana teruja dengan kisah & kedamaian tasik tersebut, Cempaka tertunggu-tunggu kemunculan semula filem ini di kaca tv. Terima kasih kepada Astro yang menyiarkan semula filem ini sehinggakan ditayangkan kali ke-2 di saluran Kirana pun, Cempaka masih menontonnya. Cempaka teringin nak pergi ke kampung tersebut. Tapi kerana perlu menaiki bot untuk sampai ke sana, emak Cempaka kata "pergilah dengan ayah".
Thursday, May 29, 2008
Aku Yang Masih Baru
Salam semua,
Aku masih baru dalam penulisan blog. Walaupun dah lama mengenali benda ini, tapi tak pernah pula sebelum ini aku berminat untuk memulakan penulisan blog. Mungkin dek kerana pengaruh blog dewasa ini terhadap masyarakat & juga menteri pun dok sibuk nak menulis blog, maka aku terpanggil sama untuk menyuarakan apa yang ingin aku suarakan. Namun apa yang ingin & akan aku suarakan, mungkin berkisar pada kehidupanku dan juga aktiviti bacaanku.
Nak tahu kenapa aku tertarik dengan nama "Lemari Buruk", adalah kerana aku teringat semasa aku membesar dahulu, buku-buku dari zaman ayahku bersekolah sehingga ke adik-adiknya, disimpan di dalam almari tua yang bercermin di hadapan. Aku cukup teruja dengan almari itu kerana di dalamnya ada banyak khazanah lama yang menarik minat aku membaca. Aku rasa cukup ini saja sebagai pengenalan kepada "Lemari Buruk". Andainya ada kelapangan akan ku luangkan masa untuk menulis lagi.
Aku masih baru dalam penulisan blog. Walaupun dah lama mengenali benda ini, tapi tak pernah pula sebelum ini aku berminat untuk memulakan penulisan blog. Mungkin dek kerana pengaruh blog dewasa ini terhadap masyarakat & juga menteri pun dok sibuk nak menulis blog, maka aku terpanggil sama untuk menyuarakan apa yang ingin aku suarakan. Namun apa yang ingin & akan aku suarakan, mungkin berkisar pada kehidupanku dan juga aktiviti bacaanku.
Nak tahu kenapa aku tertarik dengan nama "Lemari Buruk", adalah kerana aku teringat semasa aku membesar dahulu, buku-buku dari zaman ayahku bersekolah sehingga ke adik-adiknya, disimpan di dalam almari tua yang bercermin di hadapan. Aku cukup teruja dengan almari itu kerana di dalamnya ada banyak khazanah lama yang menarik minat aku membaca. Aku rasa cukup ini saja sebagai pengenalan kepada "Lemari Buruk". Andainya ada kelapangan akan ku luangkan masa untuk menulis lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
