Arahan: Along Kamaruddin
Ida Nerina - Sara
Shamsul Ghau Ghau - Manaf
Zahim Albakri - Johan
Hisham Ahmad Tajudin - Kassim
Piee - Pak Bakar
Soosan Ho - Khaty
Eja - Rozita
Loloq - Salleh
Ropi Cecupak - Zahid
Astro Kirana bulan lepas menyajikan filem Sara lakonan pelakon hebat Ida Nerina dan Shamsul Ghau Ghau. Sara, selembut nama tetapi mempunyai hati yang keras, bertemu buku dengan ruas dengan Manaf seorang pemuda kampung yang gemar melukis. Sara datang ke Tanjung Harapan dengan tujuan untuk membeli tanah-tanah orang kampung untuk menjadikan tempat tersebut sebagai sebuah taman tema. Manaf yang sayang dengan keindahan alam semulajadi tidak berganjak dengan keputusannya untuk tidak menjual tanah yang dimilikinya hasil peninggalan arwah datuknya.
Sara yang tidak berpuas hati, sanggup menjadi isteri kepada Manaf apabila Manaf mengatakan dia akan berkongsi hartanya dengan isterinya nanti. Sara yang tidak biasa dengan kehidupan di kampung terpaksa membiasakan diri sehingga mengabaikan peranannya sebagai isteri kepada Manaf. Sara yang pada mulanya bersikap sambil lewa terhadap Manaf, akhirnya benar-benar jatuh cinta kepada suaminya sendiri.
Cempaka nak komen:
Kisah ini memaparkan suasana kampung di Tasik Chenderoh di Perak berhampiran dengan Lenggong. Jalan ceritanya memang menarik, tetapi mungkin dek kerana jalan cerita yang agak berat dan bukan cinta karat, maka tidak ramai yang menonton filem ini semasa ditayangkan di pawagam. Cempaka masih ingat filem ini ditayangkan di tv (tak ingat saluran mana) semasa Hari Raya Aidil Fitri 4/5 tahun yang lalu. Dek kerana teruja dengan kisah & kedamaian tasik tersebut, Cempaka tertunggu-tunggu kemunculan semula filem ini di kaca tv. Terima kasih kepada Astro yang menyiarkan semula filem ini sehinggakan ditayangkan kali ke-2 di saluran Kirana pun, Cempaka masih menontonnya. Cempaka teringin nak pergi ke kampung tersebut. Tapi kerana perlu menaiki bot untuk sampai ke sana, emak Cempaka kata "pergilah dengan ayah".

No comments:
Post a Comment